Pasir Puteh Resort




Pasir Puteh Resort merupakan sebuah resort dibawah naungan Kalumpang Resort and Training Centre. Resort ini terletak hanya 1 Kilometer sebelum tiba di Kalumpang Resort and Training Centre.


Pasir Puteh Resort lebih memberi penekanan terhadap penyediaan tapak perkhemahan. Ini kerana resort ini mempunyai tanah yang landai dan berhampiran dengan sungai. Jadi ia lebih kondusif untuk pengguna yang gemar akan aktiviti perkhemahan.  




Hampir 100 unit khemah boleh ditempatkan di sini dan dibekalkan dengan kemudahan seperti tandas, tempat memasak, surau terbuka serta kemudahan dewan yang boleh memuatkan sehingga 150 orang dalam satu masa.




Walau bagaimana pun, terdapat 8 unit chalet disediakan di sini sebagai kemudahan kepada pelanggan yang ingin menginap di dalam chalet. Chalet yang boleh memuatkan seramai 4 hingga 8 orang ini dibina berhampiran dengan kawasan padang dan sungai.




Pasir Puteh Resort bukan sahaja sesuai untuk tujuan perkhemahan, tetapi ia juga turut sesuai untuk dijadikan tempat perkhelahan atau percutian keluarga kerana kedudukannya lebih sunyi dan tenang. Sesuai dengan citarasa pelanggan yang sukakan penginapan yang privacy.


Pasir Puteh Resort kerap dikunjungi oleh Unit Beruniform serta pasukan silat sebagai salah satu venue latihan mereka kerana kedudukan Pasir Puteh yang bersesuaian dengan program yang mereka kendalikan.
Antara pasukan yang kerap mengunjungi Pasir Puteh Resort ialah Akademi Bomba Selangor serta Unit Beruniform Sekolah.






No comments:

Post a Comment